THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 27, 2009

erti persahabatan

Saya kenal sahabat saya dari sekolah rendah,kami dahulu tidak berapa rapat kerana saya menpunyai kawan yang ramai dan dia tidak mempunyai kawan kerana die seorang yang pendiam dan tidak suka campur orang.Apabila saya berada die darjah 4 saya kehilangan kawan-kawan saya kerana mereka semua pindah ke kelas yang lain.Saya pula dipindahkan ke kelas sama dengan sahabat saya,nama dia Radiah dan saya mula rapat dengannya pada hari pertama saya di kelas darjah 4.3. Kami pergi rehat bersama-sama dan duduk di kelas sama-sama.
Walaupun saya rasa bergitu susah untuk berbual dengannya kerana die pendiam,saya cuba untuk membuatnya ketawa and senyum.


Hari ke hari saya susah kenal Radiah dengan lebih dalam,saya sudah tahu apa yang dia suke dan tidak suka.Kawan-kawan saya yang lain sudah tidak hiraukan saya lagi kerana mereka
suda mempunyai teman-taman yang baru.Tetapi saya tidak kesah.Apabila saya ade masalah,Radiah akan menolong saya dengan memberikan nasihat untuk jangan putus asa
dan cuba lagi.Kami berdua ada kelemahan sendiri,Saya lemah dalam mata perlajaran matamatik dan Radiah pula lemah dalam bahasa english.Kami akan membantu satu sama lain dan kami akan duduk di dalam perpustakaan selepas sekolah dan menghabiskan kerja sekolah die sana.


Apabila kami di darjah 5 kami mendapat tahu bahawa kami akan di campakkan ke kelas yang lain.Saya dan Radiah bergitu sedih dan tidak menggeluarkan sepatah perkataan pun.Darjah 6
saya terpaksa masuk ke kelas tanpa Radiah and duduk di dalam kelas dengan murid lain.
Saya sedih tetapi saya tahu bahawa persahabatan saya dan Radiah tidak akan putus semudah itu.Apabila kami dapat tahu markah peperiksaan P.S.L.E saya lari ke tempat radiah dan memeluknya dan berterima kasih kepadanya kerana die telah membantu saya dalam matamatik.


Kini saya dan Radiah di menengah empat,walaupun kami tidak masuk ke sekolah yang sama,kami tetap berhubungi satu sama lain melalui internet atau pon SMS.Kami akan selalu berjumpa pada hari raya kerana kawan-kawan sekolah rendah saya mengajak ramai-ramai
pergi berjalan raya bersama-sama dan pergi ke rumah cikgu-cikgu sekolah rendah kami.


Pada saya sahabat penting dalam kehidupan seseorang,ia akan membantu kita dalam kesusahan
atau akan meraikan bersama kita apabila kita senang nanti,bagi saya dan Radiah,saya amat bersyukur mendapat teman karib seperti dia kerana dia adalah seorang teman yang memahami saya walaupun saya tidak berkata apa-apa dan saya amat berterima kasih kepadanya.