THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 24, 2008

Sebab-sebab permainan congkak diperlukan

Pada pendapat saya,permainan congkak ini tidak bergitu susah dan juga kaum-kaum lain akan cuba permainan tradisional melayu kita dan dapat rasakan kesoronokkan permaian itu.Permainan congkak ini tidak harus di lupakan kerana ia adalah permainan nenek moyang kita zaman kampung dahulu.Kita harus mengingati itu.

Kajian tentang permainan congkak.

Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Ia mudah untuk dimain,ia juga membuat minda kita cepat gerak untuk membuat keputusan dangan pantas. Kecekapan mengira dan membuat andaian menjada ciri utama permainan congkak. Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita khasnya gadis-gadis.Permaianan ini digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam pelajaran Matematik.




SUMBER-->http://www.cybermelayu.com/newriang/budaya/BUDAYA_38/index.htm

Tuesday, July 22, 2008

Bahan-bahan dan alat-alat permainan congkak.

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran.Guli juga harus ada untuk bermain congkak.






SUMBER-->http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

Tuesday, July 15, 2008

Cara-Cara bermain congkak.

Untuk bermain congkak,kita perlukan 98 guli. Dalam setiap libang yang dipanggil "kampung" perlu ada 7 biji guli. Seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.Apabila buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.Sesudahnya ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak dan menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.Permainan ini sangat mengelirukan tetapi kita harus biasakan bermain permainan ini agar lebih mahir dan lebih lancar. :D






SUMBER -> http://www.djz.edu.my/kecheng/malay/budayabudaya.htm

asal usul congkak.

Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak dibuatdaripada kayu yang berukuran 80 cm panjang dan 18 cm lebar. Kadang-kadang papan congkak ini diukur dengan ukiran yang indah.Papan congkak mengandungi 14 libang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan juga oleh wanita .Congkak dipercaya ia berasal di negeri Afrika atau Arab.





SUMBER ->http://www.djz.edu.my/kecheng/malay/budayabudaya.htm
http://kudeed.tblog.com/post/1969982773